Isnin, 2 Jun 2014

Pimpin Jalanku Tuhan

Dalam kelelahan ini,
Mencari identiti diri
Di sebalik bayangan ilusi
Ku perlu kepada
Visi Dan Misi
Bukan cuma sekelumit mimpi

Aku masih dalam pencarian
Dalam mencari sedikit ketabahan
Secalit keredhaan
Darimu Tuhan.

Oh Tuhan
Kau tunjukkanlah aku jalan
Jangan biarkanku tenggelam
Dalam lautan kemaksiatan
Juga lumpur kegelapan
Yang membinasakan diri.

Seringkali ku tersadung akar zulmat
Mujur sang iman datang menyelamat
Segera mengangkat dan merawat
Hatiku yang gelap gelita
Cuma segaris cahaya
Di dasarnya.

Diri ini sangat tidak kuat
Menepis gelombang maksiat
Yang kian memberat meningkat
Melanda sarwajagat
Tapi
Akanku teruskan pencarian
Bersama sang Iman
Yang setia menyuluh jalan
Untukku terus berjuang..

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bonjour' Dunia


Hari ini bangun lagi
Melihat corak dunia
Menghabis sisa nyawa
Yang bakinya
Antara azan
dan iqamah

Sesak jugak dunia rupanya
Penuh ragam yang beraneka
Abstrak hidup yang realistik
Bukan lagi di kanvas raja
atau pameran
di galeria

Bonjour..
Untung bangun di jumaat indah
Sabda baginda sekian banyak
Hari ini juga melimpah ruah
Rahmat dari yang Esa
Lagi untung tidur terus
selamanya
Hari ini juga..

Bonjour dunia
Pada kau sama sahaja
Manusia tetap manusia
Yang menyubur dan merosak

Tetap pada tangan
Mereka-mereka!

zakirhurair
ad2
6.45 pg
2syawal1434
9/8/2013

Rabu, 4 September 2013

Teguran Rabbi



Syahdu,
Pabila ku bangun pagi itu,
Gambar terakhir sebelum 'dipinjam' pak arab..=_=
Tiada yang berubah,
Mungkin,
Atau aku yang resah.

Debar hati semakin kencang,
Kalau kelmarin ku bangun,
Handphone di tangan,
Pagi ini tidak kedengaran,
Kacau..

Rupanya igauan semalam benar,
Bukan lagi cobaan,
Bukan juga khayalan,
Ponselku memang dicuri orang.

Nah!
Betapa Allah sayang,
Lihat kau ralit memanjang,
Diambil nikmat kebendaan itu,
Supaya kau sentiasa mengadu,
Melagu rindu,
PadaNYA.  

zakirhurair
KDA2
6.30PG
27Ramadhan1434

p/s: dalam ralit meniti kehidupan anda, jangan pernah Lupa pada yang ESA. Jagalah hubungan dengan Allah sebaiknya..!!!

Jumaat, 2 Ogos 2013

Kisah Kita

Masih ingatkah kau saat kita mencicip ubi bakar di tembok batu yang sedikit pudar warnanya. Mata-mata Arabian memandang aneh.

Lagak mereka sedikit menjengkelkan. Ah, Pedulikan.

Momen yang baru bagiku, hingar bingar pasar kereta di petang Jumaat itu sedikit pon tidak mengusik bicara kita.

Sambil makan celotehmu ku dengar seperti deruan bayu petang itu. Kau yang unik.

Kalaupun kau sedar aku memerhatimu. Tetap pandangan biasa bagimu. Tidak aku.

Sorot matamu kurenung tajam. Kau larikan bola matamu melihat mentari petang.
Cahaya jingga-oren semakin berserakan di kaki langit.

Menoleh ke belakang ku lihat seorang Nigga bersama anaknya melintas jalan. Suasana biasa di kota yang padat dengan pelbagai manusia.

Kau masih ralit dengan ubi di tangan. Aku pula terus melayan perasaan.
Diam dalam kebisingan.

Perlahan kita menapak pulang saat pak bilal menghidupkan mikrofonnya.
Ya, sebentar lagi azan akan berkumandang.
Maghrib teman.

‪#‎Uhibbuka‬ fillah sahabatku..moga ukhwah kita kekal selamanya..^_^

Hayyu El-Asyir, Nasr City
Cairo.

Ahad, 19 Mei 2013

Cinta Muezza


“Meow..meow..meowwww..”
 
Tidurku petang itu tiba-tiba dikejutkan dengan dengan ngiauan kucing yang entah dari mana datangnya. Nyaring dan sayup. Dah sampai hingga ke syaah 5 agaknya bunyi binatang comel ni. “Arghh..kacau betul kucing ni, time camni la nak melalak pon.” Rungut hati kecilku.
“Nak rehat sikit pon tak boleh, ada ja yang mengacau. Kang ada jugak yang makan kaki saiz tujuh aku ni. Huh, serayaku turun dari katil dan menjenguk ke ruang dapur yang berhadapan dengan bilikku ini. Selalunya ruang inilah ‘access point’ yang menjadi tempat singgahan kucing-kucing yang entah dari mana datangnya. Aku pun tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu.
 
“Aik, takde pulak. Mana agaknya kucing yang merosakkan mimpi indah aku tadi ye? Takkan sedar pulak aku datang. Dapat memang aku masak lemak la engkau wahai kucing.”Rungutku lagi.
“Woi, hang dok buat apa tu?” sergah satu suara tetiba.
“Allahuakbar!!! Hang ni memang kan, nak bagi aku mati muda agaknya. Dah la aku tak kawen lagi tau.” Latahku sambil meleteri Naufal. Entah dari mana mamat sorang ni. Ya, Naufal teman sebilik merangkap teman baikku di bumi Mesir ini. Mungkin dari Asrama Darul Aman 3 agaknya memandangkan dia seorang yang aktif dalam persatuan yang menaungi anak-anak Kedah di sini.
 
“Wahai saudara Adam Rifqi Bin Hj Amir, hang tau dak dah berapa lama aku panggil hang tadi? Dok terkulat-kulat kat dapur macam tunggul kayu kat dapur ni sapa suruh? Ingatkan dah tersampuk ka apa tadi.Risau tau dak.” Bertubi-tubi leteren yang ku terima pula. Balas balik nampaknya kawanku ini.
 
Tetiba tawaku meletus. Sesaat. “Risau jugak hang kat aku kan, ni yang semakin bertambah sayang kat hang.” Ucapku seraya ingin memeluk bahunya.
 
“Ehh, ada bau himar la kat hang. Pi mandi cepat dah dekat Maghrib ni. Takkan nak tercegat kat sini.” Elak Naufa dari pelukanku sambil berjalan ke bilik. Mataku mengekor kelibatnya hingga hilang di balik pintu. Seorang figura yang hebat dari segala segi. Pelajaran, persatuan mahupun bidang lain yang diceburinya. Dapat dia imbangi dengan sebaiknya. Tidak hairanlah menjadi buah mulut akhwat lama mahupun baru. Itulah seorang Naufal.
 
“Tu dok tercegat apa lagi? Aku masuk satgi hang melepas pulak kot.” Ugutnya pula.Segera ku menapak laju ke bilik air.
 
Sedang mandi senja itu, pikiranku melayang memikirkan peristiwa petang tadi. Kucing manalah yang mengganggu tidurku tadi. Bising mengalahkan bunyi ammu pembeli barang terpakai aka bekiaq. Tanpa ku sedar telah bertali arus air yang terbazir. Segeraku menutup pili air agar tidak mengikuti amalan syaitan terkutuk. Segera ku keluar usai menyempurnakan hajat.
 
**********
“Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah..”
Usai solat Magrib berjemaah malam itu, segera ku keluar dari surau ingin ke bilik. Akan tetapi ku rasa kelibat sesuatu yang memerhati di balik tangga tingkat 2 ini. Sekilas ku pandang ke kawasan yang sedikit gelap akibat cahaya lampu yang terbatas limpahannyya. Leherku terasa seram sejuk tetiba. Ku amati semula tempat tersebut dengan lebih teliti. Kosong. Hanya kegelapan yang menyelimuti.
 
“Perasaanku sahaja agaknya, takde apa kot”. Getus hatiku. Segeraku menyambung langkahku menuju ke bilik. Selepas membaca Surah Yaasin serta menghadiahkan pahala bacaan kepada seluruh kaum muslimin segera ku tatap kiitab kuliah. Sentiasa ku pegang erat kata-kata Saidina Ali Radiallahu anhu mafhumnya; kalau tidak boleh ambil semua, jangan tinggal semua. Kata-kata ini cuba ku praktikkan dalam amalan seharian terutama dalam menghabiskan bacaan kitab kuliah. Perit bagi sesetengah mahasiswa di bumi Musa ini. Salah seorangnya tentulah aku.
 
Berbalik kepada cerita, selepas sedikit ulangkaji tetiba aku rasa dahaga. Tempat yang dituju tak lain tak bukan tentulah dapur kan. Ku capai bekas berisi kopi Cap Gantang dan bekas gula, laju tanganku mencampurkan semuanya di dalam gelas besar. Ku tuangkan air panas dari termos. Terus ku kacau air di ddalam gelas tadi. Aroma kopi tersebut kuhirup perlahan. Menghayati. Merangsang segala neuronku dengan kadar kecepatan bunyi. Membuatku lagi tak sabar ingin mencicipnya.
 
Tiba-tiba ku rasa satu renungan tajam di balik pintu dapur yang memisahkannya dengan balkoni luar. Perasaan yang sama seperti Maghrib tadi. Aneh. Benda apa yang membuatkan dadaku sedikit berombak ini bertambah kencang. Peluh kecil mula mengambil tempat di dahiku. Apatah lagi bulu roma yang sudah lama bangkit akibat dirangsang perasaan takut. Ku cuba beranikan diri untuk menghadapi apakah benda yang selalu ingin mengganggu ini. Perlahanku menapak kea rah balkoni tersebut. Kalaulah Naufal melihat gayaku nescaya dia memerliku ala-ala Detektif Conan. Kartun kegemaranku suatu ketika dahulu.
Dan sehingga kini. Sebelum itu sempat ku capai pisau dapur cap Penguin yang paling tajam di syaah 1 ini. Konon-kononnya lah.
 
Dengan menggunakan tangan kiriku perlahanku tolak pintu luar tersebut.
Perasaanku waktu itu tidak dapat digambarkan denggan kata-kata paras ketakutannya. Hanya Istighfar menjadi peneman. Satu kelibat hitam menerpa tubuhku dari luar. Sekilas ku tergamam. Kaget.
 
“Allahu akbar..”
Bergema satu imarah akibat latahanku di malam itu. Semua ahli baitku menerpa keluar, mencari empunya suara yang menarik kaki mereka ke sini. Kelihatan aku terjelopok di lantai dengan berlumuran darah. Semua menerpa laju dan bertanya pa yang berlaku kepadaku. Sambil tangan mengeletar ku menunjuk sesosok tubuh yang terbaring lesu di lantai. Kelihatannya nyawa-nyawa ikan. Barangkali.
 
Segera mereka memapah aku ke bilik. Naufal dan dan Faiz mengangkat mangsa tikaman pisauku tadi lalu dibawa ke farmasi berdekatan. Dalam hati ku berdoa moga ajalnya masih panjang. Setitis air mataku jatuh. “Ya Allah, kau selamatkanlah hambaMu itu. Aku masih belum sempat meminta maaf darinya ya Allah”. Tangisanku bertukar esakan kecil. Hakimi memeluk bahuku serta menyapu belakangku agar aku segera tenang. “Benda dah nak jadi kan. Sabar dan berdoa ja ok.” Mujurlah ada sahabat yang memahami.
 
********************************
“Meow..Meowww..”
Kedengaran suara si comel dari dalam raga di sebelah katilku.
“Akhi cepat datang tengok ni, Muezza dah sedar la,” panggil Faiz kalut. Aku yang ketika itu berada di dapur segera berlari ke bilik. Raga kecil ku terpa. Pandanganku jatuh ke tubuh kecil mungil itu.
 
Kugapai tubuh Muezza lalu dibawa ke riba. Kepalanya ku usap perlahan supaya lebih selesa. Kelihatan luka akibat tikaman tidak sengajaku sudah semakin sembuh. Nasib baik hanya bahagian kulitnya sahaja sedikit tersiat, kalau kebih dari itu memang Muezza mempunyai risiko untuk kehilangan nyawanya. Dan sudah pasti akulah insan yang paling berduka kala itu.
 
Entah dari mana tetiba muncul Naufal dengan buah tangan untuk Muezza. Memang mengejutkan. Mungkin dah sebati dengan dirinya aku rasa dalam mengejutkan orang. Secawan susu dan sepinggan Friskies makanan untuk si comel segera diletak ke lantai. Akibat kelaparan barangkali Muezza kulihat meratah dengan laju makanan buatnya. Sambil ku belai Muezza perlahan Naufal mula membuka cerita tentang seorang wali Allah dengan seekor kucing.
 
“Cerita ni senior kita pon ada cerita tau. Kisahnya begini. Sheikh Badiuzzaman An Nursi seorang wali Allah pernah mendengar bahawa zikir kucing ialah ‘Ya Rahim’. Suatu hari beliau ingin membuat kajian lalu duduk di bangku satu taman. Tiba-tiba datang seekor kucing sambil berzikir dengan zikir ‘Ya Rahim’. Sheikh merasa sangat hairan dan kucing tersebut merasa Sheikh tersebut tidak yakin, lalu kucing tersebut memanggil semua kawan-kawannya dan ikut serta berzikir di depan Sheikh tersebut. Wallahu ‘alam”
 
“Itulah sebabnya pabila kita pandang ja kucing kita akan rasa kasihan. Walaupun kucing itu comel. Sakit apatah lagi la kan kerna mereka berzikir dengan zikir ‘Ya Rahim’. Nabi pun ada kucing kesayangan Baginda sendiri tau. Muezza ni sempena nama kucing Baginda la. Sekarang baru aku sempat berkongsi kisah dengan hang.” Cerita Naufal membuatkan aku semakin sebak. Alangkah hebatnya haiwan bernama kucing ini. Dikasihi insan mulia Baginda Nabi. Semakin ku peluk erat Muezza dalam dakapan. Maafkan aku Muezza. Kanku jaga kau sebaiknya. Janjiku.
 
Hari-hariku semakin bahagia dengan kehadiran Muezza di samping ahli bait tercinta. Setiap hari Muezza akan menunggu kepulanganku usai kuliah di lobi asrama. Sangat setia dengan masanya. Tidak hairanlah haiwan ini dikasihi semua orang, hanya yang zalim sahaja tidak menyukainya. Tubuh kecilnya juga semakin bertambah gebu. Bulunya semakin cantik berkilat. Siapa yang memandang pasti tertarik. Takku sangka lembaga hitam di balik kelam yang menaikkan perasaan takutku itu adalah Muezza. Kucing tercinta!

Selasa, 12 Mac 2013

 Kisah ini sangat menyentuh hati ana taktala membacanya..
Rindunya padamu ya Rasulallah..
 
Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW

Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjjumpa para sahabat kan. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid utk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa utk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Eetelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu.

---------------------------------------------­----------------------------------------

"dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'( "

Soalan kepada kita.. adakah kita menangis tatkala kita menyebut Allahuma Solli Ala Muhammad, Wa ala ali muhammad ?? adakah kita pernah menangis kerana rindukan Rasulullah ? Berapa kali kita selawat kepada baginda dalam sehari ?? Sedangkan baginda amat memikirkan umatnya... Mari perbanyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW..

Rabu, 30 Mei 2012

Ujian,Garam dalam Kehidupan ..^__^

Sebuah Cerpen untuk kita sama2 ambil ibrahnya...zasss.layann.>"<. *****************************************************
Ponn,ponn..SRETTT..!!Tiba2 terdengar kuat bunyi brek menampan jalan di depanku.Hilang seketika fokusku yang sedang menunggu tremco tika ini.Kelihatan beberapa pengguna jalan raya menuju ke arah tempat kejadian.Mengerumuni dua buah kereta tersebut.

 "Dah khoto'uka ya sodiq,unzur syariq fi rakib"marah pemuda yang keretanya hampir dilanggar tadi. "La',la'..enta rakib sayyarah laisa jayyid.Dhoif jiddan.Balas tuan empunya kereta di belakang.Keadaan yang sedia panas bertambah tegang apabila masing2 tidak mahu mengalah.Menegakkan benang yang basah.Barangkali.

"Sollu ala Nabi,sollu ala Nabi"celah seorang tua tetiba.Entah daripada mana munculnya pak cik tersebut.Di celahan orang ramai mungkin yang hanya lebih suka menonton drama sebabak ni.Mendengar sahaja kalimat yang terpacul dari mulut pak cik tersebut,terus kedua-dua pemuda tadi terdiam.Sesaat kemudian mereka terus berdamai.Keadaan jalan yang muzdahimah kembali lancar.Nasib baik pak cik tadi menyelamatkan keadaan.Membantu sangat-sangat.

"Wah,ni yang aku respek orang2 Arab ni!.Sebut ja 'Sollu Ala Nabi' terus berdamai.Hatta sudah hampir bertumbuk terus terbatal niat mereka.Menunjukkan penghormatan mereka kpd Saidina Muhammad SAW.Satu lagi kelebihan yang aku dapat kutip dari negara kelahiran Firaun ni.Juga dimakamkn Nabi Allah Musa disini"desisku dalam hati.

"Hmm,mana la tremco ni.time hot camni la lambat sampai.potong gaji baqu taw,"repekku dengan nada sedikit loklaq.Hehehe. Sambil meninjau kelibat tremco dari kejauhan.Tetiba mataku tertancap sesosok tubuh perempuan tua yang duduk di kaki lima di seberang jalan.Di depannya terletak elok timbunan mini tisu berlapikkan sehelai beg plastik.Kelihatan perempuan tersebut sedang menarik perhatian orang yang lalu lalang untuk membeli tisunya.

Sesaat.Segera ku menapak mendekati mak cik tersebut. "Dah bikem ya mama?",tanyaku menggunakan loghat ammi yang sedikit pekat.Sambilku membelek beberapa bungkus tisu yang tersusun elok di situ. "Nus min genih,ithnin bi genih",balas mak cik tersebut.Satu soklan aku tanya,dua jawapan mak cik ni bagi.Haishh.Untuk tidak melengahkan waktu segera ku seluk kocek seluar slackku dan mengambil LE 1.Lantas ku capai 2 bungkus mini tisu tersebut setelah membayar harganya.

Wardah dan Lemon.Tertera elok di setiap sudut bungkusan tisu.Ramuan pewangi bagi tisu2 tersebut. Tanpa berlengah segeraku kembali ke tempat menunggu kenderaan awam di situ.Perlahan ku menapak.Dalam pada itu,sempat ku mencongak2 harga tisu2 tersebut dengan harga mini tisu yang sama pernah ku beli ketika berada di Malaysia.Sekitar 25 sen setiap satu.Bermakna di tanah airku hanya satu bungkus sahaja dapat kubeli dengan Ringgit Malaysia.Hmmm..besar juga jurang nilai mata wang Mesir dan Malaysia.

 Tiga minit kemudian tremco yg ditunggu muncul jua.Tanpa membuang masa segera ku masuk ke perut kenderaan tersebut seraya meloloskan diri mencari sudut yang membolehkan angin menampar pipi gebuku.Sasarannya tentulah tingkap.Tak gitu?huhu..Arghh,bestnya..lega sungguh!..sedar2 sudah sampai tempat yang dituju.Perjalanan tugasku lancar sahaja petang itu.Selepas selesai pengajian terusku pulang ke rumah.
******************
Taktala ingin membuka baju,kakiku terasa ditimpa satu objek yang sedikit lembut. "Laa,Tisu tadi ka?ingatkan apa tadi..",segeraku mengambil tisu tersebut. Kubuka bungkusan mini tisu seraya mencium aromanya.Kusedut dalam-dalam aroma Wardah tersebut.Ingatanku segera mengimbas adegan petang tadi.Tiba2 sedih menyelubungi diriku.Bagaimanakah nasib mak cik tadi di hari depan?Adakah berubah atau di takuk yang lama?Masihkah ia menjual mini tisu yang sama atau sebaliknya?.. __________________________________________________________
Sedih juga pabila mengingatkan kalau2 yg menjual tisu itu org yg kita sayang.Namun itulah harga sebuah Ujian untuk mak cik tadi meneruskan hidup di hari muka.Itu juga namanya Ujian.Juga sebagai Garam dalam kehidupan.Diperlukan.Bezanya cuma secubit atau segenggamDatangnya dalam bentuk yang pelbagai.Menguji cukup kuatkah tahap keIMANan.. [^_^] .moga kita tabah menghadapi Ujian dariNya.^__^.Tanya diri kita,Cukup besarkah ujian yg kita dapat?Atau ada yg lebih hebat,juga untuk orang yg hebat..