Ahad, 19 Mei 2013

Cinta Muezza


“Meow..meow..meowwww..”
 
Tidurku petang itu tiba-tiba dikejutkan dengan dengan ngiauan kucing yang entah dari mana datangnya. Nyaring dan sayup. Dah sampai hingga ke syaah 5 agaknya bunyi binatang comel ni. “Arghh..kacau betul kucing ni, time camni la nak melalak pon.” Rungut hati kecilku.
“Nak rehat sikit pon tak boleh, ada ja yang mengacau. Kang ada jugak yang makan kaki saiz tujuh aku ni. Huh, serayaku turun dari katil dan menjenguk ke ruang dapur yang berhadapan dengan bilikku ini. Selalunya ruang inilah ‘access point’ yang menjadi tempat singgahan kucing-kucing yang entah dari mana datangnya. Aku pun tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu.
 
“Aik, takde pulak. Mana agaknya kucing yang merosakkan mimpi indah aku tadi ye? Takkan sedar pulak aku datang. Dapat memang aku masak lemak la engkau wahai kucing.”Rungutku lagi.
“Woi, hang dok buat apa tu?” sergah satu suara tetiba.
“Allahuakbar!!! Hang ni memang kan, nak bagi aku mati muda agaknya. Dah la aku tak kawen lagi tau.” Latahku sambil meleteri Naufal. Entah dari mana mamat sorang ni. Ya, Naufal teman sebilik merangkap teman baikku di bumi Mesir ini. Mungkin dari Asrama Darul Aman 3 agaknya memandangkan dia seorang yang aktif dalam persatuan yang menaungi anak-anak Kedah di sini.
 
“Wahai saudara Adam Rifqi Bin Hj Amir, hang tau dak dah berapa lama aku panggil hang tadi? Dok terkulat-kulat kat dapur macam tunggul kayu kat dapur ni sapa suruh? Ingatkan dah tersampuk ka apa tadi.Risau tau dak.” Bertubi-tubi leteren yang ku terima pula. Balas balik nampaknya kawanku ini.
 
Tetiba tawaku meletus. Sesaat. “Risau jugak hang kat aku kan, ni yang semakin bertambah sayang kat hang.” Ucapku seraya ingin memeluk bahunya.
 
“Ehh, ada bau himar la kat hang. Pi mandi cepat dah dekat Maghrib ni. Takkan nak tercegat kat sini.” Elak Naufa dari pelukanku sambil berjalan ke bilik. Mataku mengekor kelibatnya hingga hilang di balik pintu. Seorang figura yang hebat dari segala segi. Pelajaran, persatuan mahupun bidang lain yang diceburinya. Dapat dia imbangi dengan sebaiknya. Tidak hairanlah menjadi buah mulut akhwat lama mahupun baru. Itulah seorang Naufal.
 
“Tu dok tercegat apa lagi? Aku masuk satgi hang melepas pulak kot.” Ugutnya pula.Segera ku menapak laju ke bilik air.
 
Sedang mandi senja itu, pikiranku melayang memikirkan peristiwa petang tadi. Kucing manalah yang mengganggu tidurku tadi. Bising mengalahkan bunyi ammu pembeli barang terpakai aka bekiaq. Tanpa ku sedar telah bertali arus air yang terbazir. Segeraku menutup pili air agar tidak mengikuti amalan syaitan terkutuk. Segera ku keluar usai menyempurnakan hajat.
 
**********
“Assalamualaikum warahmatullah..Assalamualaikum warahmatullah..”
Usai solat Magrib berjemaah malam itu, segera ku keluar dari surau ingin ke bilik. Akan tetapi ku rasa kelibat sesuatu yang memerhati di balik tangga tingkat 2 ini. Sekilas ku pandang ke kawasan yang sedikit gelap akibat cahaya lampu yang terbatas limpahannyya. Leherku terasa seram sejuk tetiba. Ku amati semula tempat tersebut dengan lebih teliti. Kosong. Hanya kegelapan yang menyelimuti.
 
“Perasaanku sahaja agaknya, takde apa kot”. Getus hatiku. Segeraku menyambung langkahku menuju ke bilik. Selepas membaca Surah Yaasin serta menghadiahkan pahala bacaan kepada seluruh kaum muslimin segera ku tatap kiitab kuliah. Sentiasa ku pegang erat kata-kata Saidina Ali Radiallahu anhu mafhumnya; kalau tidak boleh ambil semua, jangan tinggal semua. Kata-kata ini cuba ku praktikkan dalam amalan seharian terutama dalam menghabiskan bacaan kitab kuliah. Perit bagi sesetengah mahasiswa di bumi Musa ini. Salah seorangnya tentulah aku.
 
Berbalik kepada cerita, selepas sedikit ulangkaji tetiba aku rasa dahaga. Tempat yang dituju tak lain tak bukan tentulah dapur kan. Ku capai bekas berisi kopi Cap Gantang dan bekas gula, laju tanganku mencampurkan semuanya di dalam gelas besar. Ku tuangkan air panas dari termos. Terus ku kacau air di ddalam gelas tadi. Aroma kopi tersebut kuhirup perlahan. Menghayati. Merangsang segala neuronku dengan kadar kecepatan bunyi. Membuatku lagi tak sabar ingin mencicipnya.
 
Tiba-tiba ku rasa satu renungan tajam di balik pintu dapur yang memisahkannya dengan balkoni luar. Perasaan yang sama seperti Maghrib tadi. Aneh. Benda apa yang membuatkan dadaku sedikit berombak ini bertambah kencang. Peluh kecil mula mengambil tempat di dahiku. Apatah lagi bulu roma yang sudah lama bangkit akibat dirangsang perasaan takut. Ku cuba beranikan diri untuk menghadapi apakah benda yang selalu ingin mengganggu ini. Perlahanku menapak kea rah balkoni tersebut. Kalaulah Naufal melihat gayaku nescaya dia memerliku ala-ala Detektif Conan. Kartun kegemaranku suatu ketika dahulu.
Dan sehingga kini. Sebelum itu sempat ku capai pisau dapur cap Penguin yang paling tajam di syaah 1 ini. Konon-kononnya lah.
 
Dengan menggunakan tangan kiriku perlahanku tolak pintu luar tersebut.
Perasaanku waktu itu tidak dapat digambarkan denggan kata-kata paras ketakutannya. Hanya Istighfar menjadi peneman. Satu kelibat hitam menerpa tubuhku dari luar. Sekilas ku tergamam. Kaget.
 
“Allahu akbar..”
Bergema satu imarah akibat latahanku di malam itu. Semua ahli baitku menerpa keluar, mencari empunya suara yang menarik kaki mereka ke sini. Kelihatan aku terjelopok di lantai dengan berlumuran darah. Semua menerpa laju dan bertanya pa yang berlaku kepadaku. Sambil tangan mengeletar ku menunjuk sesosok tubuh yang terbaring lesu di lantai. Kelihatannya nyawa-nyawa ikan. Barangkali.
 
Segera mereka memapah aku ke bilik. Naufal dan dan Faiz mengangkat mangsa tikaman pisauku tadi lalu dibawa ke farmasi berdekatan. Dalam hati ku berdoa moga ajalnya masih panjang. Setitis air mataku jatuh. “Ya Allah, kau selamatkanlah hambaMu itu. Aku masih belum sempat meminta maaf darinya ya Allah”. Tangisanku bertukar esakan kecil. Hakimi memeluk bahuku serta menyapu belakangku agar aku segera tenang. “Benda dah nak jadi kan. Sabar dan berdoa ja ok.” Mujurlah ada sahabat yang memahami.
 
********************************
“Meow..Meowww..”
Kedengaran suara si comel dari dalam raga di sebelah katilku.
“Akhi cepat datang tengok ni, Muezza dah sedar la,” panggil Faiz kalut. Aku yang ketika itu berada di dapur segera berlari ke bilik. Raga kecil ku terpa. Pandanganku jatuh ke tubuh kecil mungil itu.
 
Kugapai tubuh Muezza lalu dibawa ke riba. Kepalanya ku usap perlahan supaya lebih selesa. Kelihatan luka akibat tikaman tidak sengajaku sudah semakin sembuh. Nasib baik hanya bahagian kulitnya sahaja sedikit tersiat, kalau kebih dari itu memang Muezza mempunyai risiko untuk kehilangan nyawanya. Dan sudah pasti akulah insan yang paling berduka kala itu.
 
Entah dari mana tetiba muncul Naufal dengan buah tangan untuk Muezza. Memang mengejutkan. Mungkin dah sebati dengan dirinya aku rasa dalam mengejutkan orang. Secawan susu dan sepinggan Friskies makanan untuk si comel segera diletak ke lantai. Akibat kelaparan barangkali Muezza kulihat meratah dengan laju makanan buatnya. Sambil ku belai Muezza perlahan Naufal mula membuka cerita tentang seorang wali Allah dengan seekor kucing.
 
“Cerita ni senior kita pon ada cerita tau. Kisahnya begini. Sheikh Badiuzzaman An Nursi seorang wali Allah pernah mendengar bahawa zikir kucing ialah ‘Ya Rahim’. Suatu hari beliau ingin membuat kajian lalu duduk di bangku satu taman. Tiba-tiba datang seekor kucing sambil berzikir dengan zikir ‘Ya Rahim’. Sheikh merasa sangat hairan dan kucing tersebut merasa Sheikh tersebut tidak yakin, lalu kucing tersebut memanggil semua kawan-kawannya dan ikut serta berzikir di depan Sheikh tersebut. Wallahu ‘alam”
 
“Itulah sebabnya pabila kita pandang ja kucing kita akan rasa kasihan. Walaupun kucing itu comel. Sakit apatah lagi la kan kerna mereka berzikir dengan zikir ‘Ya Rahim’. Nabi pun ada kucing kesayangan Baginda sendiri tau. Muezza ni sempena nama kucing Baginda la. Sekarang baru aku sempat berkongsi kisah dengan hang.” Cerita Naufal membuatkan aku semakin sebak. Alangkah hebatnya haiwan bernama kucing ini. Dikasihi insan mulia Baginda Nabi. Semakin ku peluk erat Muezza dalam dakapan. Maafkan aku Muezza. Kanku jaga kau sebaiknya. Janjiku.
 
Hari-hariku semakin bahagia dengan kehadiran Muezza di samping ahli bait tercinta. Setiap hari Muezza akan menunggu kepulanganku usai kuliah di lobi asrama. Sangat setia dengan masanya. Tidak hairanlah haiwan ini dikasihi semua orang, hanya yang zalim sahaja tidak menyukainya. Tubuh kecilnya juga semakin bertambah gebu. Bulunya semakin cantik berkilat. Siapa yang memandang pasti tertarik. Takku sangka lembaga hitam di balik kelam yang menaikkan perasaan takutku itu adalah Muezza. Kucing tercinta!