Selasa, 20 Mac 2012

'Buah Tangan' Ini

Teman..
Sekali ini kau hadir padaku,
Memberi segenggam azimat itu,
Supaya ku tidak terus disitu,
Di takuk yang tiada berpenunggu,
Menggagau masa lalu.

Kau lalu mengangkatku jitu
Menopang tanpa rasa jemu,
Menyulam tabah di kalbu,
Supaya ku bangkit beradu,
Yang namanya pilu itu,
Bukan tercipta buatku.

Dikalaku tersungkur sendiri,
Kau hulurkan tangan tukku berdiri,
Kau rawati luka dengan teliti,
Walauku punya daya yang tersisa,
Kau setia menemaniku sentiasa,
Tanpa secalit rasa terdera,
Mahupun beban di jiwa.

Teman..
Kini kumengerti,
Kau buah tangan untuk diri ini,
Yang hadiahnya dari Rabbi,
Akanku jaga sesungguh hati,
Supaya kau rasa dihargai,
Juga untukku menghargai,
Pemberi buah tangan ini.

Terima kasih Rabbi.
Mengurniakan aku buah tangan ini..^_^
..........................................................................

*Suka kuungkapkan sedikit nasihat.Bersahabatlah kerna Allah..yang paling penting adalah A.M.A.N.A.H dalam persahabatan.

*Itulah tunjang dalam bersahabat.Moga Allah mengekalkan ikatan rantai persahabatan Aku dengan Kamu selamanya.LUV U ALL SAHABATKU.
.Peace In Islam.

Sabtu, 17 Mac 2012

Erti Sepi Tanpa Ilahi

...أنت مني وأنا منك كروح وجسد...

Salam alaik,haa pernah dengaq dak bait syair ni?kot penah tengok ka..xjuga?penah dengaq orang baca ka dlu2.ok la kalau xpernah,meh cni nak gtaw.Maksudnya berbunyi begini"Kamu sbhagian aku&aku sbhagian daripada kamu,seperti satu Roh dan Jasad"..
Apa yang kita boleh faham drpda maksudnya?..

Firstly,nk gtaw dulu tajuk syair ni.Saya belajar syair ni time form4 kot.Sapa yang amik madah Bahasa Arab tahu la kan.'يا أخي مسلم',ni la tajuk syair tersebut.Suka ayat2 dlm syair2 cmni.Mknanya penuh dengan pemBINAan dan MOTIVASI dlm khidupan kita seharian.Juga tepu dengan NASIHAT dan penceritaan Hubungan Insan.
Bukan semata2 syair yang penuh dengan kelalaian dan makna asyik masyuk(merujuk syair cinta manusia) zaman skarang.

Berdasarkan syair ni sy nukilkan satu cerita.Macam biasa la kan,penceritaan hanya menarik pabila ada story yang mengiringi.hehe.Layan dulu yea..zasss
...............................................................
Allahuakbar!!!
Pagi yang hening itu tiba2 dikejutkan dengan suaraku yang lantang bertakbir.Fuhh!mimpi rupanya yang mengganggu,ingatkan betul,"monologku sendiri.

Astaghfirullahal'azim.!!Istighfarku pula saat itu.Kukerling Jam disisi.Jarum2 yang bergerak menunjukkan pukul 5.30 minit pagi,dah menghampiri Subuh pun."Hmm,suka betul mainan tidur yang tidak enak melewati laman mimpiku"rungutku keseorangan.Serasa sebelum tidur semalam sudahku baca doa tidur.Mungkin ada yang tidak lengkap padaku.Insan yang lemah dari pelbagai sudut walaupun hakikatnya semulia-mulia makhluk.

"Ahhh,sejuk la pulak nak bangun pagi2 cmni",terlintas bisikan su' dihati.Dah la musim sejuk.Awai-awai camni nak kena main ayaq la pulak,dah la sejuk cam ketoi ais.Adoii.Tensen bebenor.

Tapi satgi klau aku tdoq balik sapa nak gerak bangun sembahyang?,baruku teringat yang roomate aku sedang di Malaysia skarang.Selalunya dia yang mengejutkan aku.

"Haishh,tak boleh jadi ni kena bangun terus alang2 dah terjaga kan",semangatku semula dalam hati.Lantas kain lihaf yang menggebu macam bulu Topot itu kubuka dari balutan tubuh.Yess!berjaya akhirnya ku bangkit.
............
Usai solat Subuh berjemaah pagi itu segera kumasuk ke kamar tidur.Termenungku sendiri teringat akan pagi2 ku yang lepas bersama Fadhil Rushdan.Ya!itulah kawan merangkap sahabat sebilik aku.Rasa rindu membuak-buak di lohong hatiku tika ini."Dok buat apa la kawanku waktu ni yea,solat Zohor barangkali",telahku pula.Ya la kan beza waktu sini dengan Malaysia sudah 6 Jam.

Selalunya dialah yang mengejutkan aku untuk bangun Subuh.Lebih tepat lagi semua waktu solat.Ya!dia memang 'sharp' suma waktu solat.Terkadang aku jadi malu sendiri."Hmm,pasni aku kena berubah,xkan nak harapkan kawan ja suma keja"sematku dihati.

Tika ini baru kurasa sepinya tanpa kawan disisi.Yang sentiasa menemani.Saat sepi dan sunyi.Duka dan tawa.
Nasib baik sebulan ja dia balik,kalau setahun mau bersawang jugak bilik coz dia ja yang qajin kemas.hehe..Apala tequknya aku kan,buat semak bilik ja taw!!!
Xpa Fadhil,pasni aku akan kemas bilik kita sebelum ang datang sini semula",getusku lagi.
........
Tengah hari itu bertemankan Shafiq dan Farid misi mengemaskan bilik pon selesai.Thanks a lot utk hampa berdua.Nak blanja KFC pon duit xcekang sangat.So,dapatla hampa dua merasa Indo Mee hasil msakan aku yang xseberapa tu.hoho."Seronok ja hidup dikelilingi sahabat2 yang baek ni,nikmat terindah yang Allah kurniakan untuk aku.ALHAMDULILLAH.ku bersyukur padaMu Allah",ucapku di hati.
..................................................

Konklusinya,Allah sentiasa memberikan yang terbaek utk kita.Dialah yang menyempurnakan sepi2 kita dengan pelbagai Nikmat dan Rahmat!!!
Tunggu kita sahaja menerima 'Anugerah' tersebut macam mana.Dengan cara yang sebetulnya InsyaAllah kita akan dapat merasa Nikmat tersebut.

Dan syair ni juga memberikan pengajaran buat jiwa2 muslim di seluruh dunia bahawa kita ini sebenarnya 1.Jiwa2 kita sentiasa bertaut,cuma kita xpernah utk mengukuhkan tautan hati2 kita.Ku tujukan bait syair diatas buat yang bergelar sahabat,kawan,rakan,muslim yang bertautnya hati2 kita..Love u All kerna Allah..

Jumaat, 2 Mac 2012

¤Alhamdulillah..Thank to Allah¤

Assalamualaikum..apa khabar hati??
Iman sihat kew..??moga sentiasa padat dengan Rahmat dari yang Esa..sudah lama saya tdk mengeluarkan entri baru,rasa kekok pon ada lagipula saya bukanlah penulis hebat.Sekarang ni lagi mencuba untuk merangkak dalam arena penulisan ni.Gigi pon belum tumbuh taw!Jadi jangan ada yang meng'agah bayi kecil ini ya.Kang dia menangis tak dak sapa nak pujuk..hehe

Ingin saya kongsikan cerita saya kepada semua.Satu hari,dalam dingin musim Syita' yang menyelimuti Kota Kaherah saat ini.Ketika menunggu 'tremco' untuk ke kelas pengajian di Jamiah Al-Azhar,tetiba saya didatangi seorang kanak2 perempuan menadah tangan kecilnya meminta sedikit wang.Berbekalkan seraut wajah polos ditempek debu2 jalan sebagai bedak,juga bajunya yang lusuh warna kainnya.Si gadis kecil segera mampir mendekatiku."Hagah Lillah,Hagah Lillah",ucap si gadis kecil berulang kali.Untuk tidak membuat si gadis kecil hampa,terusku mengeluarkan sejumlah 1 LE bersamaan 50 Sen Malaysia nilainya lalu memberi kepadanya."Ok la tu buat beli roti melapik perut si kecil sepertinya",bisik hati kecilku."Alhamdulillah!!Syukran ya,Barakallahufik",balas anak kecil itu sebelum hilang dari celahan orang ramai."Kesian..",bisikku perlahan.Opss!!sebelum terlupa saya nak gtaw dulu apa itu 'tremco'.Mungkin ada yang tertanya2 kan?'Tremco' atau mudahnya sejenis Van merupakan pengangkutan utama di sini(Mesir) selain Bas dan Teksi.Ok,berbalik kepada cerita tadi,dalam kesibukan Kota Kaherah yang dihuni pelbagai ragam manusia ini masih wujud peminta sedekah atau lebih sedihnya disebut gelandangan!Ya,itulah hakikatnya.Tiada yang meminta untuk jadi begitu.Objektifnya,bukan itu hadaf saya sebenarnya.Perspektif yang saya lihat dari sisi kacamata saya adalah mereka sebenarnya adalah golongan yang sangat tabah.Kalaulah kita di tempat mereka,cukup tabahkah kita??..seharian saban waktu menjalani rutin yang sama.Kebanyakan mereka tiada yang namanya 'Indah' dari penglihatan kita.Tetapi pernahkah kita tahu mereka menjalani hari2 mereka dengan ke'Indah'an yang tersendiri.Bahkan mungkin lebih mengecapi erti Bahagia dari kita yang Sempurna harta benda.Nah!!itulah yang ditentukan oleh Allah tanpa kita pernah menghiraukan HikmahNYA.

Kita jarang sekali berSyukur.Betul ke?mengapa saya membuat statement sebegini??Cuba kita semua renung kembali berapa kali kita berTerima Kasih kepada Allah atas kurniaNya untuk kita.Kita lebih banyak mengadu sedih kepadaNya dari berterima kasih.Hakikat kan!

Mungkin ini bezanya kita dengan anak kecil tadi,kita banyak diuji dengan Nikmat yang kadangkala terluak tanpa kita ingin kongsikan dengan orang lain.Sedangkan Nikmat tersebut lebih besar Hikmahnya jika dikongsi.Sama2 merasa manisnya gula,betul atau tidak inilah natijahnya.Kita lebih senang dengan kehidupan yang serba sempura untuk diri sendiri.Moga selepas ini kita semua membanyakkan Terima Kasih kita kepada Allah.Saya pon sama juga,doalah moga saya sentiasa berSyukur atas segala kurniaNya,Amin!!
........................................................
Sebelum berakhir,suka saya tinggalkan tulisan kecil saya dengan satu persoalan.
Cukup sudahkah Terima Kasih kita kepadaNYA dalam hari2 kita??..

Tanyalah Iman dalam diri..terima kasih kita pada Allah tidak perlu kepada hadiah yang mahal2.Just say one words~ALHAMDULILLAH~ Ya Allah..
Sekian untuk entri kali ini..Salam Alaik..