Sabtu, 17 Mac 2012

Erti Sepi Tanpa Ilahi

...أنت مني وأنا منك كروح وجسد...

Salam alaik,haa pernah dengaq dak bait syair ni?kot penah tengok ka..xjuga?penah dengaq orang baca ka dlu2.ok la kalau xpernah,meh cni nak gtaw.Maksudnya berbunyi begini"Kamu sbhagian aku&aku sbhagian daripada kamu,seperti satu Roh dan Jasad"..
Apa yang kita boleh faham drpda maksudnya?..

Firstly,nk gtaw dulu tajuk syair ni.Saya belajar syair ni time form4 kot.Sapa yang amik madah Bahasa Arab tahu la kan.'يا أخي مسلم',ni la tajuk syair tersebut.Suka ayat2 dlm syair2 cmni.Mknanya penuh dengan pemBINAan dan MOTIVASI dlm khidupan kita seharian.Juga tepu dengan NASIHAT dan penceritaan Hubungan Insan.
Bukan semata2 syair yang penuh dengan kelalaian dan makna asyik masyuk(merujuk syair cinta manusia) zaman skarang.

Berdasarkan syair ni sy nukilkan satu cerita.Macam biasa la kan,penceritaan hanya menarik pabila ada story yang mengiringi.hehe.Layan dulu yea..zasss
...............................................................
Allahuakbar!!!
Pagi yang hening itu tiba2 dikejutkan dengan suaraku yang lantang bertakbir.Fuhh!mimpi rupanya yang mengganggu,ingatkan betul,"monologku sendiri.

Astaghfirullahal'azim.!!Istighfarku pula saat itu.Kukerling Jam disisi.Jarum2 yang bergerak menunjukkan pukul 5.30 minit pagi,dah menghampiri Subuh pun."Hmm,suka betul mainan tidur yang tidak enak melewati laman mimpiku"rungutku keseorangan.Serasa sebelum tidur semalam sudahku baca doa tidur.Mungkin ada yang tidak lengkap padaku.Insan yang lemah dari pelbagai sudut walaupun hakikatnya semulia-mulia makhluk.

"Ahhh,sejuk la pulak nak bangun pagi2 cmni",terlintas bisikan su' dihati.Dah la musim sejuk.Awai-awai camni nak kena main ayaq la pulak,dah la sejuk cam ketoi ais.Adoii.Tensen bebenor.

Tapi satgi klau aku tdoq balik sapa nak gerak bangun sembahyang?,baruku teringat yang roomate aku sedang di Malaysia skarang.Selalunya dia yang mengejutkan aku.

"Haishh,tak boleh jadi ni kena bangun terus alang2 dah terjaga kan",semangatku semula dalam hati.Lantas kain lihaf yang menggebu macam bulu Topot itu kubuka dari balutan tubuh.Yess!berjaya akhirnya ku bangkit.
............
Usai solat Subuh berjemaah pagi itu segera kumasuk ke kamar tidur.Termenungku sendiri teringat akan pagi2 ku yang lepas bersama Fadhil Rushdan.Ya!itulah kawan merangkap sahabat sebilik aku.Rasa rindu membuak-buak di lohong hatiku tika ini."Dok buat apa la kawanku waktu ni yea,solat Zohor barangkali",telahku pula.Ya la kan beza waktu sini dengan Malaysia sudah 6 Jam.

Selalunya dialah yang mengejutkan aku untuk bangun Subuh.Lebih tepat lagi semua waktu solat.Ya!dia memang 'sharp' suma waktu solat.Terkadang aku jadi malu sendiri."Hmm,pasni aku kena berubah,xkan nak harapkan kawan ja suma keja"sematku dihati.

Tika ini baru kurasa sepinya tanpa kawan disisi.Yang sentiasa menemani.Saat sepi dan sunyi.Duka dan tawa.
Nasib baik sebulan ja dia balik,kalau setahun mau bersawang jugak bilik coz dia ja yang qajin kemas.hehe..Apala tequknya aku kan,buat semak bilik ja taw!!!
Xpa Fadhil,pasni aku akan kemas bilik kita sebelum ang datang sini semula",getusku lagi.
........
Tengah hari itu bertemankan Shafiq dan Farid misi mengemaskan bilik pon selesai.Thanks a lot utk hampa berdua.Nak blanja KFC pon duit xcekang sangat.So,dapatla hampa dua merasa Indo Mee hasil msakan aku yang xseberapa tu.hoho."Seronok ja hidup dikelilingi sahabat2 yang baek ni,nikmat terindah yang Allah kurniakan untuk aku.ALHAMDULILLAH.ku bersyukur padaMu Allah",ucapku di hati.
..................................................

Konklusinya,Allah sentiasa memberikan yang terbaek utk kita.Dialah yang menyempurnakan sepi2 kita dengan pelbagai Nikmat dan Rahmat!!!
Tunggu kita sahaja menerima 'Anugerah' tersebut macam mana.Dengan cara yang sebetulnya InsyaAllah kita akan dapat merasa Nikmat tersebut.

Dan syair ni juga memberikan pengajaran buat jiwa2 muslim di seluruh dunia bahawa kita ini sebenarnya 1.Jiwa2 kita sentiasa bertaut,cuma kita xpernah utk mengukuhkan tautan hati2 kita.Ku tujukan bait syair diatas buat yang bergelar sahabat,kawan,rakan,muslim yang bertautnya hati2 kita..Love u All kerna Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan