Kisah ini sangat menyentuh hati ana taktala membacanya..
Rindunya padamu ya Rasulallah..
Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW
Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa
kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang
berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda,
Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana
beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar
Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal
?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"
Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri
petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun
berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjjumpa
para sahabat kan. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni
pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama
tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak
permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak
mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan
untuk Rasulullah waktu dulu. setiap sudut, setiap ketika, kenangan
bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.
(ada satu
sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal
naik ke menara masjid utk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa utk
mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu
ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal
berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum
ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu
kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari
anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya
pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat.
diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup.
Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan
sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh
sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan
dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.
Eetelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan
melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di
Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah
terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan
menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka
kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang
mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.
Bilal bin
Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh
penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر ,
bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti
Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut
أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله ,
Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang
kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat
merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله
aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat
bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara
sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak
betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT
terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin
Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama
Rasulullah ketika dahulu.
-------------------------------------------------------------------------------------
"dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut :'( "
Soalan kepada kita.. adakah kita menangis tatkala kita menyebut
Allahuma Solli Ala Muhammad, Wa ala ali muhammad ?? adakah kita pernah
menangis kerana rindukan Rasulullah ? Berapa kali kita selawat kepada
baginda dalam sehari ?? Sedangkan baginda amat memikirkan umatnya...
Mari perbanyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW..